Mesyuarat Permuafakatan Pusat Kegiatan Guru Kuala Pilah Kali Ke-19 bagi tahun 2010 telah diadakan di bilik Mesyuarat PKG Kuala Pilah pada 9 Februari 2010. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dengan dihadiri oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan En. Mohd Noh Bin Abadan, wakil dari PPD Kuala Pilah En.Kamanizam Bin Hj. Tindek serta En. Azaman Bin Baba dari Unit ICT. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn Hjh. Mariah Bt Hj Sulaiman Pengerusi PKG Kuala Pilah. Pelbagai agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut antaranya adalah perbentangkan aktiviti 2009, perancangan aktiviti 2010, pembentangan kewangan 2009, pelantikan jawatankuasa permuafakatan PKG 2010 dan lain-lain lagi perkara yang berkaitan. Kehadiran semua Pengetua dan Guru Besar dari 24 buah sekolah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat tinggi dalam menjayakan aktiviti PKG Kuala Pilah. Terima kasih diucapkan kepada Tuan KPP BTPNNS diatas sokongan yang telah diberikan. |